Saturday, October 10, 2009

Monday, October 5, 2009

Satu juta hadapi risiko penyakit tulang rapuh

KUALA LUMPUR: Sejuta lelaki dan wanita di negara ini, yang berusia 55 tahun ke atas, berisiko menghidapi penyakit tulang rapuh atau osteoporosis, kata Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr Lee Joon Kiong. Secara umum, katanya, satu daripada tiga wanita, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas dan satu daripada lima lelaki menghidap osteoporosis manakala 25 peratus warga tua yang dikenal pasti mempunyai penyakit itu, meninggal dunia akibat keretakan tulang. “Keadaan ini bukan saja menyedihkan, malah membimbangkan kerana statistik menunjukkan peningkatan bilangan pesakit mengalami osteoporosis.

“Bukan saja di negara ini, osteoporosis juga adalah masalah kesihatan umum dan pembunuh senyap yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Ia serentak dengan peningkatan beban yang disebabkan peningkatan usia penduduk dunia. “Sehubungan itu, pelbagai lapisan usia masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan dengan risiko penyakit ini dengan lebih kerap,” katanya pada Majlis Pelancaran OASKL, di sini, semalam. Dr Lee berkata, penyakit tulang rapuh tidak wajar dianggap sebagai penyakit yang dihidapi golongan tua saja meman-dangkan ia juga berisiko dialami golongan muda seiring peningkatan usia mereka.

Sunday, September 13, 2009

resipi tart nenas

Tart Nenas Gebu

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
1 biji nenas muda(besar)
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan


Cara-cara

CARA MEMBUAT DOH TART:
- pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
- masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
- masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
- panaskan oven.
- ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
- ulangi sehingga habis.
- bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:

- parut nenas dan jangan dibuang airnya.
- masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
- setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
- kacau tanpa henti hingga likat.
- angkat dan sejukkan.