Saturday, October 10, 2009

Monday, October 5, 2009

Satu juta hadapi risiko penyakit tulang rapuh

KUALA LUMPUR: Sejuta lelaki dan wanita di negara ini, yang berusia 55 tahun ke atas, berisiko menghidapi penyakit tulang rapuh atau osteoporosis, kata Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr Lee Joon Kiong. Secara umum, katanya, satu daripada tiga wanita, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas dan satu daripada lima lelaki menghidap osteoporosis manakala 25 peratus warga tua yang dikenal pasti mempunyai penyakit itu, meninggal dunia akibat keretakan tulang. “Keadaan ini bukan saja menyedihkan, malah membimbangkan kerana statistik menunjukkan peningkatan bilangan pesakit mengalami osteoporosis.

“Bukan saja di negara ini, osteoporosis juga adalah masalah kesihatan umum dan pembunuh senyap yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Ia serentak dengan peningkatan beban yang disebabkan peningkatan usia penduduk dunia. “Sehubungan itu, pelbagai lapisan usia masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan dengan risiko penyakit ini dengan lebih kerap,” katanya pada Majlis Pelancaran OASKL, di sini, semalam. Dr Lee berkata, penyakit tulang rapuh tidak wajar dianggap sebagai penyakit yang dihidapi golongan tua saja meman-dangkan ia juga berisiko dialami golongan muda seiring peningkatan usia mereka.